Facebook Sharer
选择您要替换的背景颜色:
【农历新年】背景图片:
个性化设定
 注册  找回密码
查看: 4674|回复: 3

请大家帮帮忙

[复制链接]
头像被屏蔽

0

主题

0

好友

133

积分

禁止发言

发表于 2009-11-5 08:27 AM |显示全部楼层
提示: 作者被禁止或删除 内容自动屏蔽

0

主题

0

好友

232

积分

支柱会员

Rank: 4Rank: 4Rank: 4Rank: 4

发表于 2010-1-1 02:38 PM |显示全部楼层
要怎樣幫你em0017


0

主题

1

好友

781

积分

青铜长老

Rank: 7Rank: 7Rank: 7Rank: 7Rank: 7Rank: 7Rank: 7

发表于 2010-3-7 09:08 PM |显示全部楼层
Selamat sejahtera dan selamat pagi.Yang Dihormati tuan pengerusi majlis,Yang Berbahagia,guru-guru dan rakan-rakan seperjuang sekalian.
Saya berbesar hati kerana diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata mewakili murid-murid untuk menyampaikan ucapan sempena Majlis Hari Guru ini.
Tujuan mengadakan Hari Guru adalah untuk mengenang jasa dan sumbangan para guru kepada masyarakat dan negara.Di samping itu,bertujuan untuk menggiatkan lagi perjuangan mereka bagi kepentingan masa depan kita semua yang akan menggantikan tempat mereka.
Saya mewakili murid-murid ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang mengajar kami.Berkat usaha guru-guru,kami dapat mengenal ilmu.Jasa –jasa guru tidak akan kami lupakan.Tambahan pula,“ada ubi ada batas,ada hari boleh dibalas.”Insya-Allah akan kami balas jasamu guru.
Guru sanggup berkorban masa,tenaga dan wang mereka demi kejayaan murid-murid.Bagi mereka memadailah apabila melihat murid-muridnya berjaya.Namun murid-murid perlu berusaha bagi menghargai jasa mereka.Guru-guru sentiasa mempersiapkan diri untuk menggiatkan lagi perjuangan mereka laksana“genggam bara api biar sampai jadi arang.”
Guru-guru juga sentiasa memainkan peranan dalam menangani masalah kemerosotan disiplin murid.Oleh itu,murid-murid sepatutnya menghargai jasa mereka.Seorang doctor,seorang angkasawan,seorang perdana menteri semuanya bermula daripada didikan dan asuhan seorang guru.
Hadirin yang saya hormati,
Guru merupakan seorang insan yang tidak pernah mengenal penat  lelah dan tidak pernah berasa bosan untuk mengajar murid-murid.Guru dibaratkan seperti seorang artiket yang membina masa hadapan murid-murid.Walaupun guru telah sempuna melaksanakan tanggungjawab,namun,semuanya bergantung kepada kita sama ada kita menggunakan ilmu yang disampaikan oleh guru kepada jalan yang benar ataupun yang salah. “Tepuk dada tanya selera.”
Justeru,saya ingin memohon kemaafan atas tingkah laku yang menyebabkan guru-guru berkecil hati.Kami juga mungkin  terkasar bahasa dan terlanjur bicara.Jadi,kami berharap agar guru-guru tidak menyimpan di dalam hati.
Sekian ,terima kasih.

[ 本帖最后由 无名琦 于 2010-3-22 05:49 PM 编辑 ]


0

主题

1

好友

781

积分

青铜长老

Rank: 7Rank: 7Rank: 7Rank: 7Rank: 7Rank: 7Rank: 7

发表于 2010-3-7 09:09 PM |显示全部楼层
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil dan seterusnya hadirin sekalian.  Salam sejahtera saya ucapkan sebagai pembuka tirai bicara.  Berdirinya saya di pentas ini adalah untuk membicarakan tajuk syarahan “Membudayakan Amalan Membaca.”
Hadirin yang saya muliakan,
Amalan membaca memang telah disedari kepentingannya oleh semua golongan sama ada pemimpin politik, ibu bapa, pendidik, pentadbir dan masyarakat amnya. Membaca adalah suatu kegiatan yang amat penting dalam kehidupan manusia dan boleh membangunkan sesuatu masyarakat dari segi intelektual serta membentuk pemikiran kreatif dan dinamis. Tidak hairanlah jika ungkapan “Membaca Jambatan Ilmu” sering kali kita gunakan untuk menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam mencari ilmu pengetahuan.
Manusia berilmu selalunya dikaitkan dengan insan berbudaya membaca. Minat membaca adalah berkaitan rapat dengan budaya ilmu kerana minat ini merupakan suatu ciri pembangunan budaya dalam masyarakat yang berorientasikan pendidikan dan pembacaan.
Amalan membaca perlu dijadikan suatu budaya dalam masyarakat kita. Budaya ini pula tidak seharusnya terbatas di sekolah, universiti atau di bandar sahaja tetapi patut dikembangkan dalam kehidupan masyarakat termasuklah masyarakat luar bandar. Hal ini penting agar masyarakat luar Bandar yang sering dikaitkan seperti katak di bawah tempurung akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan seterusnya bersama-sama mengejar arus pembangunan.
Tuan-tuan yang saya muliakan,
Seseorang individu atau sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau kejayaan dalam sesuatu bidang tidak boleh mempertahankan miliknya tanpa budaya ilmu yang baik. Malah dia akan bergantung kepada orang atau bangsa lain yang berilmu. Buktinya kita melihat betapa negara pengeluar minyak yang kaya-raya terpaksa bergantung hampir dalam semua aspek penting kehidupan negaranya kepada negara lain yang lebih maju dari segi keilmuan dan kepakaran.
Sejarah juga telah membuktikan bahawa masyarakat maju yang dapat menguasai pelbagai bidang dalam kehidupan mereka dan mencipta sejarah adalah terdiri daripada masyarakat yang suka membaca. Disiplin membaca untuk mendapatkan ilmu merupakan suatu kuasa pembebasan daripada belenggu-belenggu kemiskinan dan  kejahilan.
Akhir kata, ingin saya tegaskan bahawa kehidupan yang lebih sempurna akan dapat dibentuk sekiranya masyarakat kita membudayakan amalan membaca. Amalan ini  secara langsung akan melahirkan masyarakat berilmu dan bertamadun tinggi.
Sekian, terima kasih.

[ 本帖最后由 无名琦 于 2010-3-22 05:50 PM 编辑 ]


您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

JBTALKS.CC |联系我们 |隐私政策 |Share

GMT+8, 2019-8-21 11:40 PM , Processed in 0.512818 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X2.5

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Ultra High-performance Dedicated Server powered by iCore Technology Sdn. Bhd.
Domain Registration | Web Hosting | Email Hosting | Forum Hosting | ECShop Hosting | Dedicated Server | Colocation Services
本论坛言论纯属发表者个人意见,与本论坛立场无关
Copyright © 2003-2012 JBTALKS.CC All Rights Reserved
合作联盟网站:
JBTALKS 马来西亚中文论坛 | JBTALKS我的空间 | ICORE TECHNOLOGY SDN. BHD.
回顶部