JEMPUTAN KHAS KE PEMILIHAN UNIT PR1MA @ KOTA TINGGI (JOHOR)
Dengan segala hormatnya pihak kami merujuk kepada perkara di atas.
Terima kasih kerana telah memohon kediaman PR1MA @ Kota Tinggi (Johor). Sehubungan itu, tuan/puan juga adalah dijemput hadir ke pemilihan unit bagi kediaman tersebut pada masa dan tempat seperti di bawah;
Tarikh : 26 Mei 2018 (Sabtu)
Masa : 1.00 Petang – 4.00 Petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Orchard Golf and Country Club, KM19, Jalan Kota Tinggi- Kulai K.B 510, 81900, Kota Tinggi, Johor
Pada Hari Terbuka PR1MA, kami menawarkan perkhidmatan “One Stop Centre” untuk memudahkan bakal pemilik kediaman PR1MA. Status kredit bakal pembeli akan disemak, dan panel bank PR1MA atau wakil Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan mengira kelayakan pinjaman bakal pembeli. Seterusnya, bakal pembeli boleh memilih kediaman yang diingini dan semuanya diuruskan pada hari yang sama.
Bagi tujuan pembelian, Tuan/Puan diperlukan membawa bersama dokumen - dokumen seperti di bawah pada hari tersebut. (Anda dinasihatkan membawa sekurang-kurangnya 3 salinan)
• Emel Jemputan Pembelian Rumah PR1MA (emel ini)
• MyKad pembeli & pembeli bersama (jika ada)
Bekerja di sektor awam/swasta:
• Slip gaji 3 bulan terkini / Penyata Akaun Bank terkini / Penyata Caruman KWSP (EPF) terkini
• Penyata CCRIS terkini - Pembeli & pembeli bersama (jika ada)
Bekerja sendiri:
• Penyata Akaun Bank terkini / Penyata Komisen (6 Bulan terkini) / Penyata Akaun Syarikat terkini
• Penyata CCRIS terkini - Pembeli & pembeli bersama (jika ada)
PEMBELI BERSAMA mestilah suami / isteri, ibu bapa serta saudara kandung sahaja. NOTIS PENTING, Pembeli bersama perlu hadir pada hari tersebut kerana pihak pemeriksaan Kredit perlu mendapatkan ‘cap ibu jari’ untuk tujuan semakan CCRIS.
Untuk mempercepatkan proses pemilihan unit, anda dinasihatkan untuk mencetak terlebih dahulu laporan Status Kredit (CCRIS) dari Bank Negara Malaysia (BNM). Walaubagaimanapun, kami juga menyediakan kaunter semakan status kredit dengan caj bermula dari RM10.00.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami ditalian 03-76289898 (Isnin – Ahad, 8.30 pagi – 5.00 petang) atau emelkan kepada info@pr1ma.my.
Sekian, terima kasih. PERBADANAN PR1MA MALAYSIA
SURAT INI ADALAH CETAKAN KOMPUTER DAN TIADA TANDATANGAN DIPERLUKAN